Rabu, 11 Ogos 2010

Baja Organik Vermicompos















Salam tani dan salam sejahtera. Kepada para peladang dan petani yang mencari sesuatu yang amat diperlukan dalam usaha untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil dan sesuatu yang boleh mengawal kesihatan dan ketahanan tanaman dari mahkluk / serangga perosak.Ia juga memberi manafaat yang kukuh dan berterusan secara menyeluruh kepada petani dan peladang dalam mengurangkan atau menggantikan penggunaan baja NPK yang pastinya menjejaskan ekosistem pertanian dalam jangka masa panjang dan melibatkan kos pengoperasian dan selenggaraan pertanian yang tinggi. Fomulasi unggul Baja Bio-Organik yang dapat menggantikan baja kimia NPK.

Memandangkan industri ini belum berkembang pesat di negeri Sabah, justeru syarikat ini ditubuhkan bagi menyahut cabaran terhadap permintaan baja organik khususnya baja organik berasaskan cacing menerusi proses Teknologi Vermikultur.

VERMIKOMPOS

Vermikompos adalah baja yang terhasil daripada pemeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi tinja cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang reput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Vermikompos juga mengandungi pelbagai unsur nutrien yg sangat sesuai untuk tanaman. Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.




KEBAIKAN BIO ORGANIK

Kebaikan Biologikal

Pencergas penumbuhan akar, dengan kehadiran bahan-bahan organik yang bertindak sebagai hormon, enzim dan makanan segera semulajadi.
Sumber makanan kepada mikrob tanah seperti bakteria pengikat N, bakteria pelarut posforus.







Kebaikan Kimia


* Chelating Agen (dalam tanah berkeadaan Asid dan Alkali).
* Anion-anion yang ada dalam cecair vermikompos boleh menghuraikan kation untuk menjadi pemakanan pada pokok.
* Meningkatkan kebolehan ‘buffering’ dalam tanah.
* Boleh meningkatkan kandungan nutrien.

Kebaikan Fizikal

* Sumber makanan kepada mikrob tanah seperti bakteria pengikat N, bakteria pelarut posforus.
* Tanah gembur.
* Membina pertumbuhan batang yang keras dan kuat, daun yang tebal serta akar yang cergas dan kukuh, yang boleh mengawal kesan angin, banjir dan serangan kulat.
* Membekalkan makanan kepada mikrob tanah dan udara
* Membaikpulih tanah (pH tanah dan membaiki sifat fizikal tanah)

Ekonomi

* Menjimatkan kos penjagaan dan rawatan tanaman pada kadar minimum 50%.
* Menjimatkan kos pembajaan sehingga 70%.
* Mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak dan racun kulat sehingga 60%.
* Mengurangkan penggunaan baja NPK biasa sehingga 75%.
* Dapat merawat dan memulihkan penyakit kenker (cerana batang) pada pokok durian, nangka, cempedak, limau dan mangga.

PRODUK

Bon-I Vermikompos 1 Kg
Bon-I Vermikompos Cecair 1 Liter, 4 Liter dan 5 Liter.
Bon-I merupakan jenama baja yang mempunyai unsur mikrob pengaktif atau pengalak bakteria. Ia diperbuat dari bahan semulajadi (100% pure organik) yang diproses secara penguraian mikroorganisma.

ANALISIS DATA VERMIKOMPOS

NO. Elemen Baja Organik Analisis
1 Nitrogen (as N) : %wt 0.96
2 Pottasium (as K2O) : %wt 0.53
3 Total Magnesium (as MgO) : %wt 0.4
4 Zinc (as Zn) : mg/kg 31
5 Manganese (as Mn) : mg/kg 197
6 Boron (as B) : mg/kg 18
7 Copper (as Cu) : mg/kg 37
8 Total Iron (as Fe) : %wt 0.12
9 Calcium (as CaO) : %wt 1.06
10 Phosphorus (as P205) : %wt 0.77
11 Liquid PH 7.8 - 8.2

****Analisis Kerjasama USM & UPM

CARA PENGGUNAAN

Jenis Tanaman :

1) Padi

Jenis Baja : Cecair
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 9liter/ha selepas dibajak

2)Tanaman hiasan dan pokok bunga

Jenis Baja : Cecair & Kompos
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 10-100 gm mengikut saiz tanaman setiap 2-3 minggu

3) Tanaman Jangka Panjang
(kelapa sawit,getah,durian dll.)

Jenis Baja : Kompos
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 1.5-5.0 kg Setiap 2 bulan sekali/pokok

4) Tanaman rumput

Jenis Baja : Kompos
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 300 gm setiap meter psegi (3-4 minggu sekali)

5) Tanaman Jangka Pendek(Sayuran,jagung dll.)

Jenis Baja : Cecair & Kompos
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 50-100gm mengikut saiz (tanaman setiap 2-3 minggu sekali)

JUGA SESUAI DIGUNAKAN UNTUK AKUAKULTUR

* Menghasilkan plankton
* Nyah Bau
* Menghasilkan makanan tambahan kepada ternakan



































SENARAI HARGA PRODUK BON1


Bon-I Vermikompos

10 Kilogram = RM 30.00 (RM3.00/KG)
5 Kilogram = RM 20.00 (RM4.00/KG)
1 Kilogram = RM 5.00

Bon-I Vermikompos Cecair

5 Liter = RM 50.00 (RM 10.00/LITER)
4 Liter = RM 46.00 (RM 11.50/LITER)
1 Liter = RM 15.00


Berminat sila Hubungi: Sham 019-5573600.

Isnin, 27 Julai 2009

Info Terkini!!!

Salam semua,
Lama dah rasanya tak updated blog ni pasai terlalu sibuk dgn urusan peribadi yang lain, bisnes masih berjalan macam biasa tapi slow sikit sebab bongkah dah uzur dan dah kena gantikan dgn yg baru,Insyaallah tengah cari modal pusingan sebab budget dah kurang....
kalau ada jutawan mana-mana ka nak bagi sumbangan alhamdulillah....hehehehe

OKlah buat kali ini...apap-apa cite baru nanti akan saya updatedkan...Wassalam...SHMUSHROOM...Penang.

Selasa, 3 Mac 2009

Terhangat Di Pasaran Penang!!!




Produk kami telahpun berada di pasaran Pulau Mutiara pada 1 Mar 2009.


Dalam pek 100gm buat masa ini, kalau ada permintaan tinggi akan di pek dlm bentuk


yang lebih besar pulak....dapatkan segera!!! HALAL*BERSIH*SEGAR.

Ahad, 1 Mac 2009

Tudiiaa Keluar Dah.....




Alhamdulillah cendawan dah mula keluar,berebut-rebut nak keluar punya tak sabaq nak jadi penghuni banglo cendawan kami....SELAMAT DATANG!!! JEMPUT KELUAR,,,,

Khamis, 29 Januari 2009

Selamat Datang ke Banglo Cendawan



Alhamdulillah Bongkah akhirnya dapat menjadi penghuni ke banglo cendawan ini.
Ada yang separuh matang dan ada yang dah matang,tengah tunggu juara pertama pengeluaran.Insyaallah.

Sabtu, 10 Januari 2009

Projek Pemeraman Fasa 1






Alhamdulillah 1000 bongkah fasa pertama sedang dalam proses pemeraman.Lagi 2 atau 3 minggu lagi bolehlah dipindahkan ke banglo cendawan kami yang telah siap dibina.
Tak sabar rasanya nak nengok cendawan kami keluar nanti insyaallah.